Misalnya, dalam rajah yang di atas,
p adalah sudut di pusat yang dicangkumi oleh lengkok minor AB
q adalah sudut di pusat yang dicangkumi oleh lengkok major AB
Sudut di lilitan pula adalah sudut yang dicangkumi pada lilitan bulatan dengan menyambungkan dua hujung lengkok tertentu kepada sebarang titik pada lilitan bulatan itu.
Misalnya, dalam rajah yang di atas,
r adalah sudut di lilitan yang dicangkumi oleh lengkok major AC
s adalah sudut di lilitan yang dicangkumi oleh lengkok minor AC
Sekiranya dicangkumi oleh lengkok yang sama, sudut di pusat adalah dua kali sudut di lilitan.
Sudut di lilitan dalam semibulatan = 90o.
Lengkok-lengkok yang sama panjang mencangkumi sudut-sudut di pusat yang sama besar.
Lengkok AB = Lengkok CD
Lengkok yang sama mencangkumi sudut di lilitan yang sama besar.
Contoh Penyelesaian :
Tentukan nilai x dan y dalam rajah di bawah. Diberi sudut ADB = 25o.
Jawapan :
Sudut ABD adalah sudut di lilitan yang dicangkumi oleh lengkok AD. Jadi, x = sudut ABD. Perhatikan bahawa segitiga ABD adalah segitiga dalam semibulatan, jadi sudut BAD = 90o. Dalam segitiga ABD, sudut ABD = 180o - 90o - sudut ADB = 90o - 25o = 65o Maka x = 65o. y adalah sudut di pusat yang dicangkumi oleh lengkok AD, maka y = 2x = 2 x 65o = 130o
Klik LATIH TUBI